Monday, August 3, 2009

TAHNIAH IPGM KTAR!

Berikut adalah petikan artikel dari akhbar Berita Harian Online bertarikh 3 Ogos 2009 (Isnin):

Layanan IPTAR 'bagai menatang minyak penuh'

BARU-baru ini laporan sebuah akhbar menyatakan mengenai layanan diterima ketika sesi pendaftaran Kursus Perguruan Lepasan SPM di salah sebuah Institut Perguruan.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang boleh dicontohi atau diambil pengajaran oleh Institut Perguruan lain ketika mendaftar anak saya di Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR), Kota Samarahan, Sarawak.

Pada mulanya saya berasa susah hati dan bimbang apabila mendapat berita bahawa anak saya akan menjalani kursus perguruan di Sarawak.

Setiba saja kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami disambut oleh salah seorang pegawai dan pelajar kampus terbabit dan dibawa terus ke kampus dengan diberi bilik untuk kami sekeluarga sementara menunggu hari pendaftaran.

Ketika pendaftaran pula, apa yang kami perhatikan pelajar junior disambut seperti menatang air yang penuh, sebaik keluar dari kenderaan, beg mereka terus diambil oleh pelajar yang bertugas, dilabelkan nama seperti di lapangan terbang dan diletakkan di dalam bilik khas.

Maka pelajar membuatlah pendaftaran tanpa rasa bimbang beg mereka hilang. Selesai saja mendaftar, pelajar baru kemudian dihantar ke asrama mereka oleh perwakilan yang bertugas. Selain kemudahan asrama yang lengkap dan bersih, layanan pelajar senior yang baik membuat hati gelisah dan bimbang, terus hilang dan saya berasa yakin dengan kampus ini.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala pertolongan diberikan kepada kami, lebih-lebih lagi kepada Saimon, bukan saja bantuan ketika mendaftar malah sebelum kami datang pun kami sering bertanya.

Untuk mereka yang belum tiba ke Sarawak, jangan berani cakap pasal Sarawak. Sarawak negeri yang cantik, bersih dan pesat membangun. Rakyatnya ramah dan suka menolong orang. Semoga apa yang saya ceritakan ini menjadi contoh kepada semua.

JASA MU DIKENANG IPTAR,
Kuala Lumpur.

*Selepas membaca artikel ini, sememangnya kami berasa sangat bangga menjadi warga IPGM KTAR. Tambahan lagi kelas kita telah bertugas untuk hari pendaftaran tersebut sebagai ahli jawatankuasa. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung pada hari tersebut. Diharap agar IPGM KTAR akan terus memberikan yang terbaik kepada semua, bukan sahaja dari segi layanan yang telah dikatakan, malah yang lebih penting ialah semoga IPGM KTAR akan dapat melahirkan bakal-bakal guru yang berdedikasi dan cemerlang. Hehehe... Bergema suara kami... Lalala.... (sambung2... hehehe)

1 comment:

  1. bangga aku ngan kita suma eyh.. dahla ku jaga kat meja pendaftaran riya.. hahaha.

    bergema suara kami
    mendukung amanah bangsa
    berikrar bersama bersatu hati
    pendidik guru yang setia

    akan lahirlah wira
    bakal guru berwawasan
    memegang etika perguruan
    mendidik generasi baru

    iptarku gedung ilmu
    harus diterokai
    amalkan pengetahuan yang ada
    pastikan falsafah pendidikan tercapai

    martabat profession perguruan
    berusaha dengan kecemerlangan
    sains teknologi kita manfaatkan
    agama jadi pegangan

    harum namamu iptarku gemilang
    institut perguruan tun abdul razak
    berganding bahu seia dan sekata

    harum namamu iptarku gemilang
    institut perguruan tun abdul razak
    berganding bahu seia dan sekata
    aaa.. aaa... aaa...

    ReplyDelete