Friday, August 7, 2009

FUTSAL + KFC = OO LA LA....

Walaupun bz dengan assingment serta tugasan yang banyak, namun itu tidak menghalang kami semua untuk meluangkan masa untuk main futsal dan makan-makan bersama. Tapi agak sedih sikit sebab seorang dari member kelas kami iaitu Jojo tak dapat join sekali sebab demam (semoga cepat sembuh ye Jojo... jangan lupak makan ubat!) Jadi, seperti yang telah dijanjikan, pukul 9.00 malam (6 Ogos 2009) kami semua pegi ke Golden Hawk (betul ka eja ya? hehe) nak main futsal. Best la sebab lama dah jugak kami tak buat aktiviti ramai-ramai macam ni. So team pun dah dibagi time kat kelas pagi tu (waktu tutorial). Setiap pasukan, masing-masing diketuai oleh Hardy (pasukan hijau biru) dan Ijai (pasukan merah membara) telah menyusun strategi masing-masing bagi memastikan kumpulan mereka memenangi perlawanan ini. Oh iya, kumpulan hijau biru juga telah mengimport seorang pemain import dari kelas muzik iaitu Kong yang tidak kurang hebatnya. Tepat pukul 9.30 malam, perlawanan telah dimulakan, dan keputusan perlawanan telah berpihak kepada pasukan hijau biru yang telah menang tipis 6-5 ke atas pasukan merah membara. Setiap pasukan telah memberikan persaingan yang sangat sengit dan kemenangan bagi kumpulan hijau biru pun adalah kerana gol pada minit terakhir yang telah dijaringkan oleh Fadilah (walaupun demam, tapi tetap hebat.. - bena ndak ka demam? Ahaha... - )


Gambar dolok sebelum main... Hehe...


Alvin dan Ijai sibuk mengatur strategi... (tapi kalah.. hahaha)


Pemain import handalan, Kong bersama Bibie


Aksi gila2 (masih blum start main... tunggu turn court...)


Aliza dan Bibie (lagi...)


Semua tgh meditasi... (Alifah.. alifah... main pun pakei topeng!)


Mari sepak bola!!!


Afidah : Ne bola tok... Bila gik la aku nak nyepak bola tok??
Alifah : Lalala....



Emma : Arina, bola mbak ctok!
Arina : Nak pa kata ktk ya... Bola kat cnun la...


Muka2 letih lepas first half... (tadik bena gilak main.. Emma tangga.. hahaha..)


Aik? Otedah... (akibat cuaca jerebu... Ikhwan jadi begini...)


Afidah sedikit semput...
Arina : Ya la ktk... Pa nyuruh berebut bol ngan kmk... nak ka dah jadi camtok...


Berposing lepas abis game... (ish3...)


Inilah pasukan yang menang! tahniah ye...
(berdiri dari kiri: Siew Ling, Kong, Arina, Bibie, Emma, Tracy, Aliza)

(duduk dari kiri: Hardy, Fadilah, Am, Raimie)



Inilah pasukan yang menang! (Menang gaya... hehehe...)
(Berdiri dari kiri: Afidah, Sal, Gracia, Fizah)
(Duduk dari kiri: Ijai, Alvin, Yusri, Alifah, Ikhwan)


Posing bersama kedua2 kumpulan


Gambar lagi...

Begitulah antara ragam kami time malam tu. Semuanya balik ke kampus dengan perasaan happy. Dan untuk kesinambungan main futsal semalam, Dr. Gan dengan berbesar hatinya ingin menaja makan tengahari kami pada hari ini di KFC. Siapa la yang menolak rezeki kan... hehehe.. Tapi masih jugak kami agak sedih sebab Jojo tidak dapat bersama jugak untuk program ini. Lepas jak abis pening kepala buat Continuity dalam pukul 11, sebuah Viva, Hyundai Ascent, Honda Vios, Myvi dan seekor Kancil (hehehe...) telah membawa rombongan kami semua untuk makan di KFC Samarahan. Best... Kepada staf KFC Samarahan, terima kasih atas layanan baik serta kesabaran anda melayan kami...


Sila interpret sendiri gambar ini... Hehehe...


Nak jugak berposing dengan pak cik KFC...


Muka-muka yang lapar... (Fadilah nampak paling lapar...)


Ratu Lapar... Hahaha... (Fizah menang kot...)


Semua tengah membayangkan diri mereka sedang menggigit ayam... Hmm...


Bibie: Abisla air tok lepas tok... Hahaha.. (ketawa keji)


Yus: Lemah dah ku nantik tok... sik lamak gik ngamok aku tok!


Tracy: Hmmmm.... Uuuuuu... (sedapnya sambil menutup mata!)


Aliza: Hohohohohohohohohoho.......
Emma: Aaaaaaaaaaa.....
Afidah: Ui.. Apa ktk duak ya... Malu jak eh...


Arina: Hehehe... Aku kenyang...
Gracia: Hehehe.... Aku belum kenyang...


Am: Sik dapat kita main DOTA malam tok. Aku balit rumah...
Hardy: Aduh... Nangis la aku tok...


Gambar ini pun interpret sindiri juge ye... Salah interpret tanggung sendiri... Hehe...


Siew Ling: Aku lapar banget... Aaaaaaaaa...
Tracy: Sik dapat di embak agik tok kelak...


Dr. Gan, sponsor besar kita bergambar bersama dengan Birthday girl sal..
(Happy birthday sal yang ke 21 - 8 Ogos - )


Emma, Aliza, Afidah, Sal: Hihihihihihihihi.... (ketawa manja....)

Terima kasih daun keladi sekali lagi kepada Dr. Gan sebab sudi belanja kami semua makan tadi... Kenyang semuanya... Lepas ni jangan lupa buat Coursework Dr. Gan. hantar minggu minggu depan! Aduh....

No comments:

Post a Comment