Tuesday, August 4, 2009

SAMPAHBUSTER DI HARI PENILAIAN

Semalam (Isnin, 3 Ogos 2009) merupakan hari penilaian bagi hasil rekacipta kelas kita iaitu "SAMPAHBUSTER" yang telah dibuat di Dataran Bintang IPGM KTAR. Raimie dan Alvin yang bertindak sebagai host utama dalam melakukan tunjuk cara dan demonstrasi telah melakukan tugas mereka dengan begitu cemerlang sehingga juri-juri yang menilai kelihatan amat kagum dengan ciptaan ini. Segala provokasi melampau serta soalan maut yang dilemparkan oleh para juri berjaya ditepis oleh mereka dengan jawapan yang sangat meyakinkan. Kita tunggu dan lihat sahaja keputusannya nanti. Semoga kita akan beroleh kemenangan. Amin... Tapi kalau tak menang pun, jangan kecewa. Apa yang penting, KERJASAMA! Hahaha...


Inilah SAMPAHBUSTER yang telah siap sepenuhnya


Alvin sedang membuat demo penggunaan SAMPAHBUSTER


Alvin demo lagi.. dan lagi..


Antara kami2 yang datang petang tu (Ijai, Zairul (aik?), Remy, Alvin, Ikhwan, Am, dan Hardy)


Antara penyertaan dari kumpulan lain : Bekas letak pensel... Not bad...


Kapal... (Junior SN 1708)


Buku cerita plastik...


Antara ciptaan yang agak menarik: Baju cantik (Modelnya mana? Awang.. Where are you? Hehe...)


Halim dan robot-robotnya...

Sama-samalah kita menyokong kelab PALS ini dengan menggunakan SAMPAHBUSTER kita. Ceyy... Hahaha...

No comments:

Post a Comment