Thursday, August 6, 2009

AKTIVITI TUTORIAL (6 OGOS 2009)

Hari ini Dr. Gan ada masuk untuk buat tutorial. dah seminggu Dr. Gan tak masuk kelas. Rindu juga la kami dengan beliau. Hehehe... So untuk aktiviti tutorial minggu ini, kami buat satu aktiviti berkumpulan. Kami semua telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan aktivitinya ialah setiap kumpulan dikehendaki untuk menyatakan visi dan misi kumpulan masing-masing. Selepas itu, setiap kumpulan juga dikehendaki untuk membentuk tugu manusia yang mencerminkan misi dan visi kumpulan yang telah dinyatakan tadi. Aktiviti ini memang seronok, hilangla jugak stress kami yang sekarang dilimpahi assignment yang melimpah ruah... Kalau rezeki yang melimpah ruah tak ape le jugak... Hehe.. Ini dia tugu manusia yang telah dibuat oleh kami... (kecuali Fadillah je yang tiada dalam gambar, sebab dia pegi klinik... Demam.. (demam ke? Hahaha... jangan marah Dil.. Guro jak bah..)


Kumpulan Hardy... Tugu yang agak hebat... Hehehe... Seorang yang sedang melangkah maju ke depan... (ahli kumpulan: Amri, Tracy, Emma, Siew Ling, Arina (tak nampak sangat..), Bibie, Aliza, Raimie)


Kumpulan satu Malaysia berbilang kaum... Hehehe...


Kumpulan yang diketuai oleh Ijai (bakal guru besar termuda dalam sejarah Malaysia.. Haha..) Tugu kumpulan ini sangat simbolik, susah nak diterangkan. Yang penting semua elemen kehidupan diterapkan... (ahli kumpulan: Yusri, Alifah, Alvin (kurang nampak sikit), Gracia, Sal, Joyce, Afidah, Ikhwan, Fizah)


Kumpulan bersemangat waja... (Macam Power Rangers.. hehe)


Dr. Gan, tutor yang sangat motivative, dedikasi dan baik hati... Hehehe...

Begitulah ragam dan kreativiti bakal-bakal guru di kelas kami. Sangat bersemangat dan riang. Hehehe.. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Gan atas aktiviti yang sangat menarik. Dan secara automatiknya, kumpulan ini akan kekal untuk jadi team futsal malam ni. Jangan lupa, kita main futsal malam ni. Siapakah yang akan menang? Kita tunggu dan lihat... Hahahahaha... (ketawa jahat...)

No comments:

Post a Comment