Monday, June 29, 2009

INI BERITA YANG BARU DITERIMA...

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Program Bina Insan Guru (BIG) Kembara Sosial bagi kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2008 yang telah dijadualkan pada 6-8 Julai 2009 telah ditangguhkan ke tarikh baru, iaitu:

5 hingga 7 Oktober 2009

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

JADUAL WAKTU KELAS (TERKINI!)

Ini adalah jadual waktu kelas SMPMT1108 yang terkini. Jadi kepada semua sila rujuk jadual baru ini. Perubahan mungkin akan berlaku lagi. Tapi untuk setakat hari ini, kita ikut jadual ini ye...


Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Friday, June 26, 2009

SENARAI KUMPULAN PJM3110

Berikut adalah senarai kumpulan bagi PJM3110:

Kumpulan 1
1. Mohd Raimie Abot
2. Lo Siew Ling
3. Joyce Jong Shen Ee

Kumpulan 2
1. Mohd Ikhwan Bin Bujang
2. Hardy Fediller Henry
3. Syahrul Amri Bin Basri

Kumpulan 3
1. Salaniyah Binti Rabaiee
2. Noor Afidah Binti Mahdi
3. Siti Hafizah Binti Masini

Kumpulan 4
1. Fadillah Bin Mustapha
2. Shahrizal Bin Sahrani
3. Yusri Bin Kipli

Kumpulan 5
1. Bibie Michael
2. Tracy Laing
3. Kong Ing Chie

Kumpulan 6
1. Dyg Aishah Awg Bakar
2. Aliza Binti Ja'afar
3. Alifah Bin Mohamad

Kumpulan 7
1. Gracia Daniel
2. Alvin Chelen
3. Nur Arina Binti Sarkawi

Thursday, June 25, 2009

MAJLIS PERLANTIKAN JAWATANKUASA SMPMT1108 UNTUK SEMESTER 4

Pada sesi tutorial hari ini, telah diadakan majlis penyerahan kuasa untuk jawatankuasa baru kelas. Inilah wajah-wajah bakal peneraju kepimpinan kelas SMPMT1108 pada semester ini:


Dari kiri: Dr. Gan, Hardy, Bibie, Tracy, Fadillah, Aishah, Arina, Raimie, Aliza

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada mereka semua atas perlantikan ini. Adalah besar harapan dari setiap ahli kumpulan agar jawatankuasa pada tahun ini akan dapat berkhidmat dengan cemerlang. Anda semua mendapat sokongan kami. Hehehe...

"Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,
Kalau salah lagi tolong maafkan..."
- Bibie, 2009 -

*Pantun yang baik dari Bibie... Hehehe...

Wednesday, June 24, 2009

AKTIVITI INSTITUT: PERTANDINGAN MOTORSIKAL BERHIAS



Hai semua... Ada pertandingan motorsikal berhias. Berikut adalah butir-butir pertandingan:

PROGRAM PALS 1 (PERTANDINGAN MOTORSIKAL BERHIAS)

TEMA:
PENCINTA ALAM SEKITAR

TARIKH:
25 JUN 2009 (KHAMIS)

MASA:
4.30 PM

TEMPAT:
GYMNASIUM IPGM KTAR

FORMAT PERTANDINGAN:
INTER-CLASS COMPETITION

BIL. PERSERTA:
11 WAKIL KELAS (11 MOTORSIKAL)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1. PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN MESTILAH MERUPAKAN PELAJAR IPGM KTAR.
2. SETIAP KUMPULAN WAJIB MENGHANTAR 1 PENYERTAAN.
3. PERTANDINGAN DIMULAKAN SERTA-MERTA SETELAH RISALAH INI DIBERIKAN KEPADA SETIAP KELAS YANG TERLIBAT.
4. GAYA PERSEMBAHAN ADALAH MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING DAN MESTILAH MENEPATI TEMA YANG TELAH DITETAPKAN.
5. PARA PESERTA DIGALAKKAN/MESTI MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI.
6. SEMUA PESERTA ADALAH DILARANG DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG BENTUK KEROSAKAN HARTA BENDA AWAM ATAU MANA-MANA LANDSKAP DI SEKITAR INSTITUT UNTUK TUJUAN PERTANDINGAN.
7. PARA PESERTA AKAN DIADILI BERDASARKAN KRITERIA-KRITERIA TERTENTU.
8. KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG BANTAHAN TIDAK AKAN DILAYAN OLEH PIHAK PALS.

* Untuk keterangan lanjut sila hubungi Qamarul (014-8985184). SMPMT1108, abis la motorsikal Remi... Hahahaha..... :P

Tuesday, June 23, 2009

JADUAL WAKTU (SEMENTARA)

Ini adalah jadual waktu sementara kelas SMPMT1108. Kepada kawan-kawan yang dah tau sila maklumkan kepada mereka yang belum tau dengan segera. Penting ni untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku...


-Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas-

CABARAN SEMESTER 4

Semester baru dah pun bermula. Jadi cabaran yang datang pun baru jugak. So for our information, ini adalah senarai subjek yang akan kita ambil untuk semester ini beserta nama pensyarah yang mengajar untuk subjek tersebut:

1. MTE3107 (PLANNING AND TEACHING MATHEMATICS) - En. Zurhana Mohamad
2. MTE3108 (BASIC CALCULUS) - Dr. Gan We Ling
3. EDU3105 (TEKNOLOGI DALAM P&P) - En. Lee Hou Yew
4. ELE3102 (PRINCIPLES OF ENGLISH LANGUAGE TEACHING) - Madam Mitty Chai
5. PJM3110 (KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI)
6. WAJ3107 (SENI DALAM PENDIDIKAN) - En. Chai Kim Shin
7. ELS3103 (ENGLISH LANGUAGE ENRICHMENT II)

*Ada subjek yang belum diketahui siapa lecturer yang mengajar. Tetapi yang di atas ini adalah tertakhluk kepada perubahan yang akan berlaku pada bila-bila masa. kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.


HARI BERSEJARAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada yang Maha Esa atas kewujudan blog kelas kami. Adalah menjadi harapan kami agar blog ini akan selalu aktif (amin.. hehe..) dan sentiasa menjadi kunjungan dan rujukan rakan-rakan. Ok, kita hilangkan bahasa skema.. haha.. So bagi student kelas SMPMT1108 IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan, kalau ada gambar-gambar, gosip-gosip panas, atau ada apa-apa yang nak dikongsikan tentang study, boleh aje maklumkan kepada IkhwanAFI untuk di"publish"kan di blog ini... Tahniah sekali lagi SMPMT1108... hahaha...